Orini Craft

Friday, December 20, 2013

Animal Kingdom Keychain

Assalamualaikum dan Hai semua.

Disebabkan bulan lepas demam teruk, tak sempat nak habiskan menjahit. Sempat siapkan dua sahaja keychain animal kingdom. Baru-baru ini sahaja rajin nak siapkan semua set keychain animal kingdom ini. Ehh..ada satu lagi yang tertinggal, sebab tak cukup color felt, color kelabu tak ada dalam stock.  Jadi siapkan yang ada je lah.

Penambahan terbaru warna kuning, pink dan putih hitam. Panda, arnab, tikus lah kot pink tu..hehe. Pening nak cari idea nak buat keychain yang lain dari yang lain ini. Saya lebih suka buat keychain yang susah orang nak cari dekat mana-mana kedai mahupun crafter, supaya ada kelainan sikit. Produk saya, produk yang unik, ada ciri dan bentuknya tersendiri. Baru rasa seronok sikit orang nak beli.


Animal Kingdom Keychain

Keychain ini memang HOT AND FAST SELLING. Siapa nak beli cepat-cepat PM/Inbox sementara masih panas-panas ini. Kalau dah terlepas rugi ini.


  • Available for bulk order/borong(pre-order)
  • Sila pm di Facebook kami atau email kami di orinicraft@gmail.com untuk mendapatkan best price.


Sunday, December 1, 2013

Kawaii brooch dan kawaii keychain ciptaan Orini Craft


Kawaii brooch dan kawaii keychain ciptaan Orini Craft


Inilah antara kawaii brooch dan juga kawaii keychain yang Orini cipta.  Yang dah masuk kedai sekarang Apple Felt Brooch dan Pear Felt Brooch. Yang lain tengah nak edit-edit gambar, letak watermark dan harga.  

Felt brooch ini sesuai untuk semua lapisan umur. Boleh pakai dekat tudung, shawl, beg sekolah, beg tangan, purse, letak dekat  bekas pensil pun boleh. Memang serbaguna. Kalau dulu-dulu selalu letak brooch plastik bulat-bulat ada kartun dekat  bekas pensil kan, haa, sekarang ni meh kita tukar, letak brooch felt dekat bekas pensil.

Tunggu ye, nanti Orini update balik brooch-brooch yang baru. Tapi kalau dah berkenan, boleh je terus PM atau email kami. Dapat harga fresh baru keluar dari kilang lagi. hehe.


 

All right reserved for Orini Craft ©| Blog design by !Aini Zakaria | Best View: Google Chrome